about bias stuff link home skins tweet tumblr follow

Murid Bodoh .. Cegu Lagi BODO !!
17.1.10 | 1:39 AM | 0 comments

MuridInnocent : Selamat pagi, cikgu.

CikgutadeOtk : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

MuridInnocent : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

CikgutadeOtk
: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan
keadaan.

MuridInnnocent : Selamat sejahtera cikgu!

CikgutadeOtk :
Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu
semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan
itu, faham?

MuridInnocent : Faham, cikgu!

CikgutadeOtk : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

MuridInnocent : (senyap)

CikgutadeOtk : Pandai!

MuridInnocent : Bodoh!

CikgutadeOtk : Tinggi!

MuridInnocent : Rendah!

CikgutadeOtk : Jauh!

MuridInnocent : Dekat!

CikgutadeOtk : Keadilan!

MuridInnocent : UMNO!

CikgutadeOtk : Salah!

MuridInnocent : Betul!

CikgutadeOtk : Bodoh!

MuridInnocent : Pandai!

CikgutadeOtk : Bukan!

MuridInnocent : Ya!

CikgutadeOtk : Oh Tuhan!

MuridInnocent : Oh Hamba!

CikgutadeOtk : Dengar ini!

MuridInnocent : Dengar itu!

CikgutadeOtk : Diam!

MuridInnocent : Bising!

CikgutadeOtk : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

MuridInnocent : Ini ialah jawapan, pandai!

CikgutadeOtk : Mati aku!

MuridInnocent : Hidup kami!

CikgutadeOtk : Rotan baru tau!

MuridInnocent : Akar lama tak tau!

CikgutadeOtk : Malas aku ajar kamu!

MuridInnocent : Rajin kami belajar cikgu!


holysundae