about bias stuff link home skins tweet tumblr follow

kenapa mereka suka guna nama samaran??
23.1.10 | 5:50 AM | 0 comments


sekarang ni ramai orang yang gemar gunakan nama samaran berbanding nama sebenar mereka…post kali ni adalah berkenaan dengan nama samaran atau nick name yang sering digunakan bagi menggantikan nama sebenar.. kenapa orang lebih gemar gunakan nama samaran???
ok berdasarkan kajian sejarah… bukan masyarakat sekarang je yang gunakan nama samaran ni… masyarakat terdahulu memang dah gunakan nama samaran ni… contohnya.. nama tok janggut,tok gajah dan lain-lain lagi… tu semua nama samaran…(aku tak pasti nama sebenar diorang.. tok gajah = Imam Rasu rasanya..) kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? mungkin dengan nama ni lebih menunjukkan kekutan mereka?? ye la.. nama tu mempengaruhi impresi pertama kita… contohnya… pahlawan pasir salak… mana lagi menyebabkan orang lain takut hanya bila namanya disebut?? nama Dato Maharaja Lela ke atau Pandak Lam??? nama dato Maharaja Lela macam lebih berkuasa kan???
ok selain orang-orang terdahulu.. orang-orang terkenal dan popular pon gemar gunakan nama samaran.. artis terutamanya…macam-macam nama yang bombastik dan sedap bunyinya digunakan…kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? nama juga boleh jadi salah satu cara mempromosikan diri… contohnya… kalau korang nampak satu album kat pasaran… kulit album tu cukup menarik minat anda.. memang jelas menunjukkan album tu album pop rock yang boleh dilayan.. tapi bila anda baca dengan lebih teliti tertulis… dinyanyikan oleh Melur Seri Dewi… hohoho pasti korang akan mengalami kekejanagan otak sebentar.. ni album pop rock ke album dondang sayang???
slain dari artis… orang-orang biasa pon gemar gunakan nama samaran… kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? hohoho mungkin sebab nama mereka lebih 4 patah perkataan.. hohoh nama yang terlalu panjang… contohnya siti nurul munawwarah khatijah… hohoho takkan la dia begitu kejam nak suruh orang lain panggil siti nurul munawwarah khatijah setiap kali berjumpa… boleh berbelit lidah dan mungkin menyebabkan kita lupa apa tujuan kita panggil insan tadi tu…
ada jugak yang namanya pendek sahaja tapi masih gunakan nama samaran…kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? hohoho nama pendek… tapi mereka ni berkongsi nama dengan 4 atau 5 orang lain di sekeliling mereka… contohnya.. ada seorang ni namanya abu… memang ringkas namanya.. senang pulak tu nak ingat… tapi dalam kelas dia ada 3 orang lagi yang nama abu… setiap kali kita pangil nama abu.. semua abu pandang… hohohoho… jadi mereka pon mengambil keputusan nak gunakan nama samaran…
tapi ada jugak yang gunakan nama samaran bukan sebab masalah yang dinyatakan di atas… kenapa mereka lebih gemar gunakan nama samaran??? suka hati mereka la… best apa guna nama samaran ni… kata-kata terakhir… topo adalah nama samaran aku ye.. nama di IC aku bukannya Mohd ayie… hohoh ibu bapa aku lebih kreatif daripada tu… takde maknanya diorang nak bagi nama aku ayie…..kenapa ayie lebih gemar gunakan nama samaran??? hohohoh biar lah rahsia….
p/s: nama yang digunakan sebagai contoh diatas adalah mungkin tidak wujud,… hanya sebagai contoh sahaja… jangan ada yang keci hati atau berbangga nama dia tertulis di sini ye.. hohohoh


holysundae